MASA TERBAIK UNTUK MELANCONG KE GUILIN
Sebelum travel ke Guilin, China, perkara yang perlu anda ambil perhatian adalah masa. Masa yang sesuai akan memberi keselesaan sepanjang masa anda berada di China. Jumlah penduduk di negara China melebihi 1.3 bilion.
Oleh itu, pada musim cuti umum mereka pasti akan keluar bersama ahli keluarga atau rakan ke destinasi pilihan masing-masing. Dalam artikel ini akan membincangkan beberapa tip mengenai perancangan masa yang sesuai untuk travel ke China.
#1 Oktober
Masa yang paling sesuai dan disyorkan untuk travel ke China adalah pada awal musim luruh (Oktober). Pada waktu itu cuaca amat baik sekali, suhu panas adalah sederhana dan taburan hujan di kebanyakan tempat adalah kurang. Pemandangan suasana musim luruh pasti memukau tarikan anda.
Antara tempat yang boleh anda travel adalah Beijing, Xi’an, Shanghai, Guilin, Jiuzhaigou dan Chengdu termasuklah Guilin.
Elakkan daripada travel pada 1-7 Oktober kerana ianya merupakan cuti bersempena Hari Kebangsaan bagi negara China. Minggu pertama bulan Oktober antara waktu kemuncak di mana ramai rakyat China turut melancong ke destinasi utama di China.
#2 Akhir Spring (April hingga Mei)
Penghujung “spring” atau musim bunga di China kebiasaannya di antara bulan April hingga Mei. Ia merupakan waktu kedua terbaik untuk travel ke China. Bunga sudah mula mekar berkembang, suhu semakin panas daripada musim sejuk dan persekitaran amat nyaman.
Suhu pada masa itu begitu nyaman dan selesa tetapi berkemungkinan hujan akan sesekali turun. Antara tempat yang boleh anda lawati seperti di Beijing, Xi’an, Guilin, Huangshan, Guizhou dan Zhangjiajie.
Elakkan daripada travel pada 29 April dan 1 Mei kerana ianya merupakan cuti bersempena Hari Pekerja. Banyak destinasi utama di China dipenuhi dengan ribuan rakyat China.
#3 September
Waktu ketiga terbaik untuk travel ke China adalah pada bulan September. Keadaan pada waktu itu hampir serupa dengan bulan Oktober, cuma suhunya sedikit panas dan kadang kala hujan akan turun.
#4 Summer (Jun-Ogos)
Musim panas di China kebiasaanya pada bulan Jun hingga Ogos setiap tahun. Cuaca agak panas dan hujan kadang kala akan turun. Amat juga dicadangkan travel ke China pada waktu ini.
Antara tempat yang boleh dilawati ialah Guilin, Sanya, Lasha, Xinjiang dan Inner Mongolia.
#5 Low Season
Musim pelancongan dari bulan November hingga awal Mac agak slow sedikit berbanding dengan bulan lain. Antara faktornya adalah pada ketika itu adalah musim sejuk. Orang tidaklah begitu ramai berbanding dengan bulan lain.
Bagi yang ingin merasai musim sejuk di China, anda boleh travel pada waktu tersebut. Di antara tempat menarik yang boleh anda lawati ialah seperti di Harbin. Rujuk artikel ini untuk mengetahui info mengenai travel di Harbin.
Peringatan :
Elakkan dari travel pada Hari Tahun Baru Cina. Musim perayaan Tahun Baru Cina kebiasaannya di antara bulan Januari atau Februari. Sila semak semula pada kalender tahun berkenaan.

Comments
Post a Comment